Tuesday, 17 January 2012

Sekolah Tercinta.

One can't live without two.

Assalamu'alaykum..

Saya rindu sekolah saya. Sekolah saya seronok. Ada ramai kawan-kawan dan cikgu-cikgu kesayangan saya. Tapi itu waktu saya masih bersekolah di sekolah saya iaitu di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Sekarang, kami semua dah habis sekolah. Maklumlah, baru habis SPM bulan Disember lalu. Sekarang kerjaya terhormat kami, menanam anggur yang tak kunjung tiba buahnya.

Beberapa hari yang lalu, saya bermimpi mengenai sekolah saya. Wah, sungguh pelik keadaan sekolah saya dalam mimpi itu. Terasa seperti di satu tempat yang baru. Saya tahu, sekolah saya banyak perubahannya tapi mimpi saya itu sangat pelik sebab bangunannya sungguh terabur dan tidak ada rupa sekolah.

Rupanya, tanpa disedari dah sebulan aku tak menjenguk sekolah saya. Wah, baru sebulan saya tak menjenguk sekolah, saya sudah mimpi yang bukan-bukan. Bagaimana jika sudah 20 tahun saya berhenti sekolah nanti (kalau saya masih hidup, insyaAllah)? Pasti saya akan mula bermimpi yang lebih bukan-bukan. Atau mungkin lebih teruk, saya mungkin akan berhalusinasi yang bukan-bukan.

Apa yang harus saya lakukan?

Haaa, hanya ada satu saja penawarnya yang berkesan. Saya harus melawat sekolah saya! Ya, itu memang penawar yang terjamin keberkesanannya.

Okey, saya dah jumpa jalan penyelesaiannya. Ahh, tapi melawat sekolah saya, tempat jatuh bangun saya dan kawan-kawan, keseorangan sangat tidak seronok. Ada yang sudi melawat sekolah bersama saya? .... Nampaknya tiada jawapan. Oh, tidak mengapa. Saya akan melawat sekolah saya bila hati terasa tidak tertahan akan rindu yang menggunung. Ah bukan, bukan lagi menggunung tapi sudah melangit tinggi. (Jangan risau, saya tahu saya puyu. After all, I am trying to be dramatic here.)

Wah, sudah panjang rupanya luahan hati yang tidak bermakna ini.

Terima kasih kerana mendengar luahan hati saya. (Atau mungkin lebih tepat, membaca luahan hati saya.) Apapun, terima kasih.

Saya minta diri dulu. :)

*waiitttt......... I used 'saya' instead of 'aku' which is very weird. yup, I think I'm being weird these days. I need to get some fresh air! HOYEAH!*

0 carrot dimakan: