Saturday, 14 January 2012

Sang Mentari Pagi.

I hate it when I have to admit that you're right.

Assalamu'alaykum..

Ahhh, terasa hati mula dipenuhi dengan debu-debu kerinduan. Argh, kerinduan ini menggamit jiwa dan mengganggu malam-malamku dengan menghantui mimpi-mimpi indahku. Apakah yang harus aku lakukan...?

----siaran tergendala----

Ergh, sudah seminggu berlalu sejak MyKEM bermula. Erk, bukan bermaksud masih berlangsung. Dah lama juga tamat. Ergh, dua hari dua malam cuma. Petang Jumaat hingga petang Ahad. Kisahnya di sana?

Baca saja dekat tempat lain. Contohnya, sini ada ceritakan dengan ringkas (atau, mungkin juga dengan.. sewajarnya?).

Dekat sana.... . Memang lumrah alam, tidak ada yang kita akan suka dan jatuh cinta padanya 100%. Ada saja kelemahan dalam setiap sesuatu. Ada saja yang aku tak suka. Ada yang aku rasa.... banyak yang bermain di otak aku. Tapi, bukan itu yang penting untuk dikongsi.

Ada baca post "Kebebelan"? Dalam tu, aku ada katakan hati berat sejuta kilo jadi ringan seperti kapas bila tahu tak perlu panjat gunung dan cuma ada trekking. Nampaknya, tekaan awal aku salah. Trekking jangan dipandang sebelah mata. Siapa kata trekking tak boleh buat kena jalan atas jalan tar turun naik bukit sampai 10 kilometer pergi-balik? Turun naik bukit tu bukan sekadar turun dan naik yang biasa-biasa saja. Tapi kecerunan bukit tu memanglah menguji kaki, lutut, mental dan kekuatan tenaga yang berbaki.

Seperti yang dikatakan, perjalanan mengambil masa selama 1 jam sehala. Terasa macam gabungan cabaran jalan panjang dalam Mukhayyam Form 3 (MyF3) yang macam tak ada kesudahan dengan panjat gunung dalam MyF4.

Okay, okay. Bukan itu yang nak dikongsi.

Lepas selesai 6 jam 'penyeksaan jiwa' dan selesai solat 'Asar, kami dikumpulkan dan diberi sedikit leteran. Yea, hati yang mudah marah ini memang banyak berkata tatkala mendengar leteran tu. Hehe. Lepas tu, ada aktiviti seterusnya.

Lorekkan peta pada negara yang akan menjadi negara Islam dalam 15 tahun akan datang dan negara yang kini ialah negara Islam.

"Ini bukan pertandingan mewarna. Itu pun lama sangat ke nak lorekkan?"
"Memang la bukan pertandingan mewarna. Mewarna tak payah nak fikir."

Lepas tu kena bentangkan. Dalam pada membentangkan pada si pengadil, hati kecil terdetik dan mula berfikir. Leteran tadi berlegar di ruang kepala.

Dalam leteran itu ada menegur sikap kami yang dikatakan lemah kerana mahu mengalah hanya selepas melalui jalan yang tidak kurang mencabarnya. Leteran itu juga ada membandingkan situasi kami dengan situasi Rasulullah yang terpaksa berhijrah ke Madinah melalui padang pasir yang teriknya jauh lebih terik dan perjalanannya jauh lebih jauh. Wah, memang rasa macam dipanah terus masuk dan tertusuk pada jantung.

Tepat dan mengena dan... .... .

Bila membentangkan mengenai peta, si pengadil bertanya, "Boleh ke dalam 15 tahun seluas ni? Mampu ke?" Dengan sendirinya aku berkata, "We have to aim big. Dan kita kena usahalah...." Wah, macam ada lagi satu anak panah tertusuk. Tadi dengan mudah mengalah hanya kerana hati tak mahu teruskan gara-gara kaki katakan 'Dah penat la!'. Sekarang bercakap besar dan kata mahu berusaha hanya kerana nak puaskan hati pengadil. Oh, manusia, manusia.

Rasa macam... tak tepati kata-kata sendiri. Rasa... teruk diri ini. Yosh, hidup kena bermuhasabah dan berubah ke arah yang lebih baik! YOSH!

To see something beyond pain is magnificent. :)

Semoga menjadi sesuatu yang bermanfaat. :)

Pergi dulu.

0 carrot dimakan: