It's not easy, it's an uphill battle.
Assalamu'alaykum..
Wahh.. tiba-tiba rasa nak membebel. Macam dah lama sangat tak membebel dekat sini. Rupanya cuma baru 3 hari je. Humph.
Esok bermula program Pasca SPM yang pertama. Hoyeahh. Terasa macam dah lama tak buat aktiviti berfaedah. (Yelah, duduk rumah ternak lemak je. Eh, tak. Tak ternak lemak sebab makin kurang makan. sobsob.) Berprogram dengan kebanyakkannya kawan-kawan sekolah dulu. (Huh huh, "dulu" laaa.) Hoh, terasa rindu pula. Yolah, jumpa last sekali sebelum taklimat hari tu, masa sehari lepas SPM. Dah berkurun abadnya lepas tu baru jumpa semula. Memang la lama.
Mengikut perancangan asal program pertama ni, yang Outdoor/Camping / berkhemah / Mukhayyam, ada mendaki gunung. Gunung Ledang nun di sana yang banyak cerita dongeng tu. Fuhh, berat sejuta kilo terasa hati ni nak pergi. Macam dah trauma nak panjat gunung lagi. (Hoh, silalah katakan aku ni manja atau tak adventurous atau apa-apa yang seumpama, aku tak peduli.) Semua ni gara-gara panjat gunung waktu 2010, Gunung Arong. Fuhh, mendaki je dah rasa macam, "Huh, huh, macam dah beratus tahun sejak aku mula mendaki nih. Kenapa tak sampai-sampai nih?!"
Waktu sampai puncak yang paling puncak tu, "HAAAHHH!! I'm halfway there!!" Rasa nak melompat tak ingat dunia, sangat gembira. Eh, bukan sebab aku berjaya menawan satu gunung yang seciput tapi sebab lagi setengah jalan je nak sampai kaki gunung. Atau dengan erti kata lain, makin dekat dengan penghujung penyekasaan jiwa.
Huh, apatah lagi bila banyak bebenor berhentinya sampai rasa, "Woi! Aku nak sampai cepat nehhh!!" Tapi hati cepat disabarkan. (Ye ke?) Memang bersyukur betul bila terfikir yang aku jalan antara yang depan-depan jugak. Jadi memang sampai dulu la. Bila dah sampai bawah, hui, rasa gembira tak ingat dunia.
Jadi semenjak hari tu, dah bertekad dalam jiwa, HAH, TAK NAK AKU PANJAT GUNUNG LAGI. Buat seksa jiwa raga je. Bila jiwa raga terseksa, kesihatan pun terjejas. Cheh.
Oh, kesimpulannya, panjat gunung tak jadi. Walaupun ada trekking tapi takpe asalkan bukan hiking. Hati yang berat sejuta kilo dah jadi sangat ringan seperti kapas. Okay, tipu. Masih rasa keberatan disitu. Macam tergesa-gesa segalanya.
Apakah ini semuanya realiti masa kini?!
Beberapa tahun kebelakangan ni, aku rasa tak-nak-pergi-mukhayyam-tak-kira-apa-terjadi tapi akhirnya memang akan pergi sebab keadaan suka betul memaksa aku. Oh, tapi bahagian ni dah pernah bebel.
Kesimpulannya, memang banyak dalam hidup yang akan mengecewakan kita, melukakan perasaan kita, menghancurkan hati kita dan mengganggu emosi kita tapi jangan lupa pengalaman yang membuatkan hati kita berbunga gembira, yang buat hati kita melompat keriangan, yang buat perasaan kita tak terkata indahnya.
Memang kopi itu pahit tapi kalau tambah gula, kopi pun boleh jadi manis dan enak.
Hahhh.. okay, bebelan dah boleh berakhir.
(baru kata; "panjang berjela la blog dia.. tak larat nak baca.." "banyak merapu eh..? macam blog kau la." ".... taklaa.. mana ada tulis sepanjang dia.." sekarang ni dah membebel panjang pulak.. hehehe.. manusia..)